150 PATI, 15 majikan ditahan dalam operasi seluruh negara - KP Imigresen Malaysia

 


By Ilamparithi

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 150 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta 15 majikan selepas menggempur sebanyak 32 lokasi seluruh negara pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua PATI ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan majikan kerana disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan atau pas yang sah.

"JIM memandang serius isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), khususnya melibatkan warga asing bekerja tidak mengikut sektor yang diluluskan.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar syarat pas, termasuk pembatalan pas dan tindakan pengusiran," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, JIM memberi penekanan terhadap tindakan perundangan ke atas majikan yang didapati menggajikan pekerja asing tanpa pas yang sah.

Jelasnya, pendakwaan akan dilaksanakan tanpa kompromi bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan eksploitasi tenaga kerja asing di negara ini.- Alaiolinews

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!