Penyeludup lolos diri, cubaan seludup 20 ekor lembu dilumpuhkan TLDM



By Ilamparithi

RANTAU PANJANG – Seorang penyeludup lari lintang-pukang selepas kegiatannya menyeludup sebanyak 20 ekor lembu dari Thailand berjaya dikesan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di tebing Sungai Golok, Rantau Panjang Kelantan pada Isnin.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, anggota tentera menjalankan tinjauan dengan mini Unmanned Aerial Vehicle (UAV) di Sungai Golok kira-kira pukul 6.45 petang sebelum mengesan pergerakan sebuah lori jenis Isuzu tiga tan berhampiran kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil pemantauan UAV itu turut mendedahkan sebanyak 20 ekor lembu dari Thailand sedang menunggu masa untuk diseludup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.

“Semasa serbuan dilakukan, seorang lelaki dipercayai warga tempatan bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai 20 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand di bahagian muatan lori itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua haiwan tersebut tiada sebarang dokumen perjalanan atau permit import yang sah.

Katanya, keseluruhan rampasan termasuk lori yang ditinggalkan oleh suspek dianggarkan bernilai RM225,000- Alaiolinews


Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!