JDT cipta rekod jaringan terbanyak dalam Liga Super
By Sukan Alaioli
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menzahirkan rasa bangga selepas membimbing pasukan itu mencipta rekod baharu jaringan terbanyak dalam semusim Liga Super menerusi 103 gol daripada 23 perlawanan dengan berbaki satu aksi.
Menurutnya, pencapaian tersebut bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan disiplin tinggi serta komitmen luar biasa yang dipamerkan barisan pemain sepanjang musim.
“Sudah tentu saya gembira dengan rekod jaringan ini. Ia bukan mudah untuk mencipta rekod baharu apabila JDT sendiri menetapkan standard yang sangat tinggi dan ia menjadi pembakar semangat kepada pemain.
“Rekod 103 gol itu hanyalah angka. Di sebaliknya, ia adalah hasil kerja keras semua pemain dari minit pertama hingga wisel penamat dalam setiap perlawanan,” katanya.- Alaiolinews

Comments
Post a Comment