Juara bertahan PSG singkir Bayern Munich, sedia lanyak Arsenal untuk pertahan gelaran juara Eropah
PASUKAN Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) ghairah untuk membenam mangsa seterusnya Arsenal untuk mempertahankan gelaran juara bertahan Liga Juara-Juara UCL) Eropah pada kali ini dalam aksi pusingan akhir nanti.
Pemain sayapnya Khvicha Kvaratskhelia menegaskan pasukannya kini mula mengalihkan fokus sepenuhnya terhadap the Gunners kendalian Mikel Arteta dalam aksi final Liga Juara-Juara selepas berjaya menyingkirkan Bayern Munich dalam aksi penuh dramatik pada awal pagi Khamis.
PSG mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 pada aksi timbal balik di tempat lawan, sekali gus mara dengan kemenangan agregat 6-5.
Pemain antarabangsa Georgia itu menyifatkan kejayaan menumbangkan gergasi Jerman tersebut sebagai tugasan paling sukar buat mereka sepanjang musim ini.
"Sangat gembira kerana kami kini di pentas final. Kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar menentang Arsenal.
"Bayern adalah salah satu pasukan terbaik dunia ketika ini. Ia sangat mencabar, malah perlawanan yang paling sukar buat kami musim ini. Namun, kami membuktikan bahawa kami mampu bersaing dengan pasukan sehebat ini," katanya.
Dalam aksi tersebut, Ousmane Dembele yang sebelum ini meledak dua gol pada perlawanan pertama, sekali lagi menjadi watak penting apabila memecah kebuntuan seawal minit ketiga menerusi hantaran tepat Kvaratskhelia.
PSG setakat ini telah menjaringkaan jaringan terbanyak 44 gol dalam UCL musim ini manakala Arsenal hanya membolos 6 gol dan sememangnya fokus tertumpu kepada kedua-dua pasukan dalam aksi finl nanti.
Bagaimanapun, PSG sudah pasti tidak akan mudah menyerah kalah untuk menang dan mempertahankan kejuaraan tersebut pada aksi final kali ini.
Comments
Post a Comment