KEMELUT POLITIK TAMIL NADU 2026: REALITI FILEM MENJADI NYATA




Oleh Maahgeshan 

CHENNAI, 5 Mei 26 -Masih ingatkah anda dengan ketegangan dalam filem Tamil Ayirathil Oruvan lakonan Vijay Antony? Filem tersebut memaparkan drama politik yang hebat apabila keputusan pilihan raya negeri berakhir dengan situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung, di mana tiada satu pun parti yang berjaya memperoleh mandat jelas untuk menubuhkan kerajaan.


Hari ini, apa yang kita tonton di skrin perak nampaknya sedang berlaku di alam realiti dalam Pilihan Raya Negeri Tamil Nadu 2026.

 

Setakat jam 4.30 petang waktu Malaysia, keputusan tidak rasmi menunjukkan satu kebuntuan politik yang jarang berlaku. Tiada satu pun blok atau parti yang berjaya melepasi angka keramat 118 kerusi—syarat wajib bagi mencapai majoriti mudah daripada keseluruhan 234 kerusi untuk membentuk kerajaan di Chennai.

 

Tumpuan kini terarah sepenuhnya kepada Thalapathy Vijay dan partinya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK). Sebagai "pencatur" utama dalam situasi ini, persoalan besar yang bermain di minda pemerhati adalah: siapakah yang akan dilamar oleh TVK untuk membentuk gabungan kerajaan? Adakah Vijay akan memilih untuk bekerjasama dengan kuasa tradisi, atau kekal sebagai blok ketiga yang menentukan hala tuju negeri?

 

Namun, jangan diketepikan kemungkinan luar jangka. Jika dua musuh tradisi DMK dan AIADMK memutuskan untuk mengetepikan persengketaan demi kestabilan dan bergabung, mereka mempunyai angka yang cukup untuk membentuk kerajaan "Mega Coalition". Jika ini berlaku, Vijay dan TVK mungkin akan menggalas peranan sebagai Ketua Pembangkang yang sangat berpengaruh.

 

Buat masa ini, suhu politik di Tamil Nadu kekal panas dan tidak menentu. Di dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal. Segalanya masih boleh berubah dalam masa beberapa jam akan datang. Sama-sama kita nantikan kesudahannya.-Alaioliglobal

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!