Liga Juara-Juara Eropah: Bayern sedia benam PSG di Allianz Arena




By Sukan Alaioli

MUNICH – Pengarah Sukan Bayern Munich, Max Eberl menyuarakan keyakinan pasukan itu mampu mencatat kemenangan ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Allianz Arena awal pagi esok.

Walaupun tewas 4-5 pada pertemuan pertama di Paris minggu lalu, namun skuad Bavarians itu perlu mencatat kemenangan dengan defisit dua gol bagi membolehkan mereka meneruskan kemaraan ke final dalam tempoh 90 minit.

Eberl berkata, walaupun corak pertahanan mereka berdepan kritikan selepas melepaskan lima gol minggu lalu tetapi beliau menegaskan, Bayern tidak akan mengubah pendekatan tersebut ketika melayan kunjungan PSG.

Sebaliknya, mereka akan kekal dengan corak permainan sedia ada kerana menganggap falsafah bola sepak seperti itu sudah banyak membantu Bayern mencatat kemenangan dan meraih pelbagai gelaran.

“Anda tidak boleh mengubah DNA asas dalam mana-mana pasukan kerana itulah yang membantu kami berjaya selama ini. 

"Perlawanan pertama menentang PSG sebelum ini merupakan aksi bola sepak yang menakjubkan.

“Menjelang perlawanan kedua nanti, kami hanya perlu menjaringkan satu gol bagi menyamakan kedudukan agregat. Jika mahu memastikan kami terus layak ke final, Bayern perlu menang dengan perbezaan dua gol,” katanya.

Juara Bundesliga itu pastinya terdesak untuk memastikan kemaraan ke pentas final buat kali pertama dalam tempoh enam tahun selepas kali terakhir melakukannya ketika menjadi juara bagi edisi 2019/20.- Sukan Alaioli

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!