‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’




Oleh Alaiolieditorial 


PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme sempat memohon agar ibu tidak memarahinya sebelum maut apabila dia dihempap blok konkrit semasa bermain dan menggali lubang di kawasan pasir di depan rumah di Kampung Dalam Rhu di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Yusof meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, 12, dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ibu kepada Mohamad Yusof, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, berkata, sebelum kejadian dia berada di dalam rumah sebelum anak perempuannya, Siti Nur Amyliana, 10, memaklumkan bahawa abangnya dihempap blok konkrit.

Menurutnya, dia terus bergegas ke kawasan depan rumahnya sebelum cuba mengangkat sendiri blok konkrit berkenaan, namun gagal kerana binaan tersebut terlalu berat.

“Saya sudah tiada cara lain sebelum terus berlari kira-kira 100 meter untuk meminta pertolongan penduduk kampung.

“Dengan bantuan kira-kira tujuh penduduk kampung, blok konkrit itu berjaya diangkat, namun keadaan Mohammad Yusof ketika itu sudah terlalu lemah dan Muhammad Yunus pula cedera.

“Mohammad Yusof sempat berkata kepada saya ‘Ma jangan marah, saya nak mati dah’. Saya yang sudah menangis hanya mampu memangku dan memeluknya dengan harapan agar dia dapat terus bertahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Anis di sini malam tadi.-Alaiolinews

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!