Mahkamah Rayuan benarkan perhononan Majlis Peguam cabar DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

 

By Alaiolieditorial

PUTRAJAYA – Badan Peguam berjaya dalam permohonan untuk mencabar keputusan Peguam Negara (AG) yang menghentikan kes 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Faizah Jamaludin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan AG memberhentikan prosiding tersebut.

Dalam penghakiman, mahkamah mendapati permohonan badan itu selaku perayu untuk mendapatkan kebenaran bukan sesuatu yang remeh dan tidak berasas.

Semasa membacakan keputusan tersebut, beliau berkata, permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan turut menimbulkan isu-isu yang boleh dibicarakan.

Beliau berkata, cabaran Badan Peguam mempunyai isu-isu yang boleh dipertikaikan terhadap kedudukan AG dalam menghentikan pendakwaan terhadap Ahmad Zahid.

“Ini adalah suatu kes yang wajar, jarang berlaku dan luar biasa dan ia mewajarkan satu pendengaran semakan kehakiman penuh berdasarkan merit. 

"Sehubungan itu, kami mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang tidak memberikan kebenaran kepada Badan Peguam dan memerintahkan kes dikembalikan ke sana bagi pendengaran substantif semakan kehakiman,” katanya.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah, Datuk Dr. Lim Hock Leng dan Datuk Nadzarin Wok Nordin. - Alaiolinews

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!