MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan

 




By Ilamparithi

PUTRAJAYA- MyKad baharu yang dijangka mula diperkenalkan bulan depan akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias berkata antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

"Yang pastinya ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang. 

"Pelancaran akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri apabila tiba masanya dan di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kita telah bersedia untuk tujuan tersebut," katanya kepada media selepas Majlis Temu Mesra Pengurusan JPN Bersama Media di sini, Khamis.

Tambah beliau, pelaksanaan MyKad baharu itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan keselamatan identiti rakyat selaras dengan perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan semasa.

Badrul Hisham turut menjelaskan bahawa selain MyKad, MyPoCA dan MyTentera turut akan menampilkan versi baharu bulan depan.

Ujarnya lagi, MyKad baharu itu tidak akan dilengkapi dengan elemen Touch 'N Go.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata majlis hari ini diadakan bermatlamat untuk mengeratkan hubungan JPN dengan petugas media.

"Pada masa yang sama, JPN juga merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan media yang bersama-sama dengan JPN dalam menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat," tegasnya lagi.-Alaiolinews

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!