SPRM selesai rekod keterangan Rafizi berkait pelaburan RM1.1 bilion



By Ilamparithi 

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merekod percakapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion.

Rakaman percakapan itu dibuat susulan siasatan terhadap urusan pelaburan antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK menerusi satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, sesi rakaman percakapan Rafizi pada Khamis bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya lagi, sesi pada Khamis merupakan hari keempat dan terakhir rakaman percakapan dijalankan terhadap bekas Menteri Ekonomi itu.

"Hari ini (Khamis) adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan Rafizi yang telah bermula sejak Isnin lalu.

"Sesi rakaman percakapan Rafizi untuk hari ini yang bermula jam 10 pagi tadi telah berakhir jam 4.30 petang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan membabitkan nilai RM1.1 bilion.

Siasatan tertumpu kepada kerjasama strategik industri semikonduktor melibatkan Kementerian Ekonomi dan ARM Limited UK.

Bekas Menteri Ekonomi itu mula dirakam keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lepas.-Alaiolinews

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!