Terowong dasar laut panjang 123 kilometer
By Ilamparithi
BEIJING – Sebuah projek terowong bawah laut yang dirancang dibina dengan kos 300 bilion yuan (RM173 bilion) dijangka dapat memendekkan masa perjalanan selama lapan jam menjadi hanya 40 minit, lapor akhbar Daily Express.
Terowong Selat Bohai di China itu akan merentasi pelbagai zon sesar sepanjang 123 kilometer dengan pasukan jurutera berikrar menggunakan teknologi canggih kalis gempa bumi bagi mencegah bencana.
Di samping itu, terdapat banyak laluan silang yang menghubungkan dua terowong selari, direka untuk berada kira-kira 80 meter di bawah dasar laut.
Pasukan jurutera terbabit turut menyertakan ratusan zon perlindungan kecemasan yang penting untuk pemindahan dalam terowong sepanjang sekiranya berlaku kebakaran atau banjir.-AlaioliGlobal

Comments
Post a Comment