UCL: PSG turun dengan ‘DNA’ menyerang, sedia belasah Bayern dan mara ke Final

 


By Sukan Alaioli

MUNICH – Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) tidak akan mengubah pendekatan menyerang mereka sewaktu menentang Bayern Munich dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah yang akan berlangsung di Allianz Arena, awal pagi Khamis, biarpun hanya memiliki kelebihan tipis.

Kelebihan 5-4 yang dilakar pada perlawanan pertama di Paris ternyata belum cukup selesa buat juara bertahan itu, lebih-lebih lagi apabila mereka sedar kekuatan Bayern di laman sendiri mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata.

Pengendali PSG, Luis Enrique menegaskan, pasukannya tidak akan sesekali bermain secara bertahan, sebaliknya kekal dengan identiti menyerang yang menjadi kekuatan utama musim ini.

“Apabila berdepan pasukan dengan kualiti seperti Bayern, ia sangat sukar. Kami bolos empat gol pada perlawanan pertama dan ada perkara yang perlu diperbaiki, tetapi kami tetap akan turun untuk menang,” katanya.

Malah, bintang PSG, Ousmane Dembele turut memberi bayangan awal bahawa aksi di Munich bakal berlangsung dalam tempo tinggi.

“Kami adalah dua pasukan yang mahu menyerang. Kami tidak akan mengubah falsafah permainan kami dan saya jangka ia akan menjadi perlawanan yang hebat,” katanya.

Namun, di sebalik keghairahan untuk memburu gol, PSG sedikit tempang apabila terpaksa turun tanpa pertahanan berbisa, Achraf Hakimi sekaligus memaksa Enrique mengubah taktikal apabila bakal menurunkan permata muda, Warren Zaire-Emery.- Agensi

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!