UMNO-PH capai kata sepakat kekal kerjasama di Negeri Sembilan

 



By Alaiolinews

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan melibatkan UMNO dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat untuk mengekalkan kerjasama sedia ada di Negeri Sembilan demi menjamin kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.

Menerusi kenyataan media bersama malam tadi, pertemuan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa turut menegaskan penghormatan terhadap pendirian yang telah diputuskan oleh kedua-dua Biro Politik parti masing-masing berhubung isu di negeri berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa sebarang keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang berpotensi mencetuskan sensitiviti atau membuka ruang perselisihan perlu dirujuk segera kepada Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH.

“Langkah ini penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat selari dengan semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan serta tidak menjejaskan keharmonian politik dan kepentingan rakyat,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu telah ditandatangani Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ia sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua gabungan dalam memperkukuh kerjasama politik di peringkat negeri selaras dengan agenda kestabilan nasional.- Alaioli

Comments

Popular posts from this blog

மாநில அளவில் அனுமதியற்ற 688 வழிப்பாட்டுத் தலங்கள், சிலாங்கூர் சுல்தான் அறிவுறுத்தியும் தர்க்கம். பாப்பா ராய்டு விளக்கம்.

வெ.52,120 செலவில் இந்தியர் இடுகாடு சாலை சீரமைப்பு - மாண்புமிகு சிவகுமாருக்கு நன்றி!!

மலேசிய இந்துக்கள் மிகச்சிறப்பாகவும் பக்தியுடனும் சித்திராப் பௌர்ணமியை கொண்டாடுகின்றனர் ; டத்தோ சிவநேசன் கூறினார்..!